Semasa

Terkini Kes C0v19 kembali 2 angka, 11 lagi p0sitif dari Kluster Sivagangga

Hari ini kes baru cov-19 kembali meningkat 2 angka. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi, terdapat 14 kes baru positif cov-19 di Malaysia.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 14 kes baru disahkan positif cov-19. Jumlah ini sekaligus menambah jumlah kumulatif sebanyak 8999 kes positif direkodkan di Malaysia setakat hari ini”

Berikut merupakan perincian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai jumlah baru kes positif di Malaysia itu. Menurutnya satu kes import membabitkan warga Filipina yang telah mendapat jangkitan di luar negara, manakala 13 kes penularan tempatan semuanya membabitkan warganegara.

Jika tadi kami ada berkongsikan artikel mengenai satu keluarga dijangkiti cov-19 disebabkan kluster Sivagangga.

Kluster Sivagangga, Balik dari India keluar Rumah Tak Kuarantin sebarkan cov-19

Hari ini, rasmi 11 lagi kes daripada kluster PUI Sivagangga di Kedah dan 2 kes saringan di pintu masuk Antarabangsa laut Labuan telah dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Untuk makluman semua, kes pertama adalah melibatkan pelajar tiba dari Sandakan, Sabah yang akan memulakan pengajian di Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala kes ke-2 pula ialah dari Penampang, Sabah yang datang ke Labuan bagi bercuti bersama keluarganya.

Oleh itu, setakat hari ini, sebanyak 210 kes lagi masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan cov-19. Mereka telah diasingkan dan akan diberi rawatan.

Untuk pengetahuan semua, terdapat satu kes positif yang sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan. Manakala pada hari ini, 17 orang telah pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah

Sumber : wowrentasasia

Antaranya lagi

“Gelombang tsunami Cov-19 yang lebih dahsyat…” – Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah terlepas memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan cov-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengajak kita semua belajar daripada negara lain agar dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami cov-19 yang lebih dahsyat lagi. Dan perkara tersebut menjadi kebimbangan beliau.

Tambahnya orang ramai diminta agar terus patuh dengan penajarakan fizikan, memakai pelitup muka (kini sudah wajib atau tidak didenda RM1000.00). Selain itu, sentiasa mengamalkan cuci tangan.

Dr Noor Hisham turut tidak mengalakkan orang ramai untuk berada di tempat awam dan beliau meminta agar orang ramai berada di rumah yang lebih selamat. Keluar ketika perlu sahaja.

Dr Noor Hisham turut berkongsi peningkatan 3 negara iaitu, Hong Kong, Jepun, Australia yang mengalami lonjakan drastik kes cov-19 sejak Jun yang lalu, walaupun mereka berjaya mencatat penurunan ketara sebelum itu.

Gelombang kedua penularan cov-19 di negara tersebut menyaksikan peningkatan kes yang lebih dahsyat berbanding bulan Mac yang lalu.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kanak-kanak 2 tahun juga tidak perlu memakai pelitup muka. Ini disebabkan oleh kanak-kanak tidak pandai membuka pelitup muka tersebut.

Kredit: rentasasia

Kes Positif seluruh dunia lebih 17 juta. WHO b0ngkarkan impak yang akan dirasai oleh penduduk dunia dan bakal dirasai berdekad lamanya

Kes koronavirus COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 17.77 juta sejak penularan bermula. Menurut data John Hopkins University, sebanyak tiga negara mencatatkan lebih satu juta kes iaitu Amerika Syarikat (4.6 juta), Brazil (2.7 juta) dan India (1.7 juta). Sebanyak 682,931 pemergian telah dicatatkan secara global dengan angka tertinggi melibatkan negara AS (154,320), Brazil (93,563) dan Mexico (46,688).

Negara permulaan penularan wabak, China pula mencatatkan 1,453 kes pada minggu lalu dengan 11 pemergian .Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan semalam berkata, kesan COVID-19 akan dirasai sehingga berdekad lamanya.“Pandemik ini merupakan krisis kesihatan sekali dalam seabad. Kesannya akan dapat dirasai berdekad akan datang,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom.

“Banyak negara yang percaya mereka telah melepasi fasa terburuk kini berg3lut dengan penularan baru.“Beberapa negara yang kurang terkesan pada minggu-minggu terawal kini menunjukkan peningkatan kes dan kematian manakala negara yang mengalami penularan besar mula terkawal,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sumber: John Hopkins University, WHO,siakapkeli

Singapura sudah alami gelombang ketiga kes import C0VID-19

SINGAPURA: Republik ini kini berdepan dengan gelombang ketiga kes import COVID-19 apabila lebih daripada 100 kes seumpamanya disahkan pada bulan lalu.Jumlah itu adalah 15.5 peratus daripada keseluruhan kes import sejak wabak itu dikesan pada Januari lalu dan sehingga Selasa lalu, 688 kes import disahkan di negara itu.

Ini termasuk 106 kes import terkumpul sehingga Selasa lalu dari sembilan buah negara, hampir separuh daripadanya iaitu 62 kes, datang dari India.Sebanyak 23 kes lain pula diimport dari Filipina yang turut menyaksikan peningkatan kes, sementara selebihnya datang dari negara seperti Indonesia, Pakistan dan Amerika Syarikat (AS).

Peningkatan kes itu mendorong sebilangan penduduk Singapura mempersoalkan kenapa pelancong memasuki Singapura tidak diuji untuk COVID-19 semasa ketibaan.Sekarang, pengembara perlu mendapatkan kebenaran sebelum memasuki Singapura, mematuhi notis tidak keluar rumah (SHN) 14 hari dan menjalani ujian calitan beberapa hari sebelum SHN tamat.

Naib Dekan Penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura, Profesor Madya Alex Cook, turut mengesyorkan Singapura mempertimbangkan ujian calitan semasa ketibaan, bukannya menjalani kuarantin.Bagaimanapun, tegas beliau, kuarantin adalah langkah pemutus rangkaian jangkitan terbaik dalam usaha melawan penyebaran virus daripada kes yang diimport.

Beliau mengakui Singapura sebelum ini berdepan dua gelombang kes yang diimport iaitu dari Wuhan, China dan dari Eropah terutama AS.”Jadi, pelajaran yang kita dapat daripada gelombang kedua itu adalah penting untuk memastikan kes yang dijangkiti perlu dikuarantin sebagai cara meminimumkan risiko penyebaran jangkitan.

“Selagi kita terus memastikan ketibaan baharu dipisahkan daripada masyarakat, ia tidak akan menjadi masalah,” katanya sambil menekankan bahawa tindakan kuarantin di rumah perlu dikuatkuasa dengan ketat. – AGENSI

21,000 penduduk Hanoi diarah jalani ujian COVID-19

HANOI: Lebih 21,000 penduduk di ibu negara Vietnam ini diarah menjalani ujian COVID-19 berikutan kes positif pertama selepas tiga bulan bebas virus itu.Hujung minggu lalu, seorang lelaki di bandar pesisir pantai Danang disahkan positif COVID-19 iaitu kes pertama dalam masyarakat sejak April lalu.

Sejak itu, lebih 40 kes jangkitan dikesan menular dari Danang, yang juga pusat pelancong popular, ke wilayah berdekatan dan bandar di serata Vietnam.Justeru, Kementerian Kesihatan menggesa semua individu yang melawat Danang Julai lalu supaya tampil menjalani ujian berikutan ada dua kes dikesan di lokasi sejauh 600 kilometer ke utara Danang.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Khong Minh Tuan, memberitahu akhbar rasmi Vietnam, Hanoi Moi, bahawa Hanoi sudah menerima 21,000 kit ujian bagi individu yang baru pulang dari Danang.”Orang ramai perlu menghubungi pihak berkuasa kesihatan untuk menjalani ujian, yang akan cuba diselesaikan menjelang Sabtu ini,” katanya.

Tambah beliau, bar di Hanoi sudah ditutup sejak semalam manakala penganjuran pesta dan acara sambutan ditangguhkan.Kebanyakan kes jangkitan baharu dikaitkan kepada tiga hospital di Danang, yang kini diletakkan di bawah perintah berkvrung.

Semua penerbangan masuk dan keluar dari Danang serta pengangkutan awam dalam bandar sudah digntung manakala majoriti 1.1 juta penduduknya dinasihatkan supaya jangan keluar rumah. Tindakan pantas melaksanakan lrngan pergerakan itu dilakukan sejurus selepas Danang dibnjiri pelancong selama beberapa minggu terutama selepas Vietnam menamatkan perintah kawalan April lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *