Infomaklumat

Tambahan RM1000 BSH B40 Bulan Jun Betul Ke?

Betul ke Bantuan Sara Hidup akan ditambah RM1000 pada bulan jun nanti? rata-rata netizen membincangkan isu tersebut di laman sosial, ada yang menggangapnya betul ada yang mengatakan hanya salah faham.

Ini berpunca dari rakaman temubual yang dibuat oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan bersama astro awani dalam Soal Rakyat berkaitan Bantuan untuk golongan B40.

Kenali Apa Itu B40

Isi rumah yang memperolehi pendapatan 40% terendah dari jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (Bottom 40 atau B40). Dengan kata lain, dalam skop BSH merangkumi semua penerima BSH dari Berpendapatan RM4000 dan kebawah.

Betul Ke Ada Tambahan RM1000 BSH Jun?

Video ini menjadi tular di laman sosial apabila rakaman separuh ini dimuat naik oleh netizen, beriku adalah apa yang dicakap oleh Menteri Kewangan dalam video tersebut.

So dari segi aspek BPN ini, kita tengok kita lihat kita kajilah..Berapa minumum yang diperlukan oleh golongan B40 ini..yang akan menolong ekonomi untuk bantu macam Bantuan Sara Hidup..Jadi kita berpedapat bahawa jumlah RM1600 ini BPN ini akan dapat menolong sedikit sebanyak golongan B40 ini..Dan bulan Jun ini, mereka akan dapat lagi Bantuan Sara Hidup.. Jadi kalau campur Rm1600 dan RM1000 lagi jumlahnya RM2600 dalam masa 3 bulan untuk golongan B40 ini.

Walaibagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi dari LHDN mahupun Kementerian kewangan berkaitaitan isu ini. Dan mungkin video diatas hanya salah faham sahaja.

Jesteru, admin berpendapat yang Bantuan Sara Hidup hanya akan dibayar untuk baki sahaja daripada jumlah keseluruhan BSH tahun 2020 dimana tarikh bayaran BSH Fasa 3 dijangka sekitar bulan julai, ini bukannya tambahan RM1000 yang diviralkan tersebut.

Akan tetapi jika, ada pengumuman RASMI barulah kita boleh berbacara berkaitan tambahan RM1000 tersebut untuk penerima BSH B40 ini.

Ringkasan Tarikh Pembayaran & Jumlah

Berikut adalah ringkasan jumlah yang korang akan dapat untuk BSH sahaja sepanjang tahun 2020, tidak termasuk BPN dan RM1000 tambahan yang dikatakan itu. (Betulkan Jika Ada Salah).

Isi Rumah Pendapatan RM2,000 Ke bawah

..

..

Itu saja serba sedikit gambaran berkaitan isu BSH ini, apapun sama-sama kita tunggu jika ada pengumuman rasmi terlebih dahulu, jangan sebarkan text atau info palsu yang digembar gemburkan di media sosial. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh rujuk

Sumber : portalmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *