Hiburan

Secantik Nama Seindah Makna, Rupanya Ini Maksud Nama Ank Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana

Selain kecomelan cahaya mata sulung mereka, nama unik ank kepada pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, Arwa Malaikha Urwa menjadi perhatian peminat di laman sosial.

Secantik namanya, rupanya Arwa Malaikha Urwa mempunyai maksud yang indah.

“Sedap namanya secantik orangnya. Alhamdulillah. Apa maknanya? Boleh aunty tahu?” tanya seorang pengikut Instagram bernama Thalisah Siti di ruangan komen Instagram Adhwa.

Menjawab persoalan peminat, Adhwa menerangkan maksud nama puteri sulung mereka yang diambil bersempena dengan nama tokoh pemimpin wanita Islam yang mempunyai latar belakang dan sejarah yang hebat.

“Arwa binti Kuraiz: Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.

“Malaikha Urwa: Wanita Islam yang hebat, dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke-11,” kongsinya.

Rata-rata peminat memuji maksud dan keindahan nama anak kepada pasangan comel ini.

Sekdar info, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan Ardell selamat melahirkan Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *