Viral

Perjalanan aura ke-19 sampai penghujung! Dr Erin mula hidup baharu – Kisah novel hit 2019 tamat, mungkin ini viral terakhir

BEKAS¬†isteri kepada Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi mahu memulakan hidup baharu bersama anak-anak selepas lebih setahun kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat netizen.

Noorainul atau lebih dikenali Dr Erin, 40, berkata hal perkahwinan, percer4ian dan berita keguguran kandungan menjadi penutup kepada kisah peribadi hidupnya.

Tengok Instagram tiba-tiba nampak macam kenal saja muka ni, akak tak kisah pun… mungkin ini adalah viral yang terakhir kut.

Selepas ini saya dan anak-anak nak mulakan kisah hidup baharu kami dengan aman dan bahagia hendaknya disamping orang-orang yang boleh menerima seadanya kami yang serba kekurangan ini.

Alhamdullilah semua sudah selamat dan kisah novel hit 2019 tamat di sini!,” katanya menerusi Instagram¬†pada Sabtu lalu.

Erin terkejut kisah kandungannya gugur menjadi tular di media sosial.

Meskipun menerima pelbagai komen negatif daripada netizen, Erin berkata dia tetap bersyukur kerana masih ada pihak memberikan sokongan.

Terima kasih diatas ucapan baik mahupun kejian, saya bersyukur masih ramai yang sayag dan beri kata-kata semangat selama ini kepada saya.

InsyaAllah doakan saya dengan kisah adaptasi novel terbaru (SYG 94) selepas ini,” ujarnya.

Perkahwinan Erin dan Da’i Farhan berakhir pada hujung April lalu.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Da’i Farhan atau nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan janda anak lapan itu di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Farhan kemudiannya mengambil keputusan mencer4ikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dan perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Bagaimanapun, pada 27 April lalu, Erin mengesahkan hubungan rumah tangganya dengan Farhan sudah berakhir ketika dia sedang hamil tiga minggu.

Lebih menyedihkan pada Jumaat lalu, Erin memberitahu kandungannya itu mengalami keguguran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *