Viral

Musim padi belum tiba, cuba jual labu tak laku pula… petani kudung luah perasaan – Bukan nak untung sangat..

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan.

Demikianlah peribahasa yang sesuai menggambarkan nasib seorang lelaki yang mana buah labu jualannya ‘sepi’ tak terjual sejak sebulan yang lalu.

Menurut Izzat Amir Adam, 29, dia merupakan seorang pesawah yang turut mengusahakan tanaman dan penjualan labu di Kampung Pandan, Nenasi, Pekan, Pahang.

Saya tanam padi dengan ayah. Tapi sekarang bukan musim padi, saya tanam labu pula sejak bulan Mac. Yang sebelum raya dah terjual, kiranya lepas raya jualan jadi perlahan, tak ada orang beli.

Saya jual 80 sen sekilo, sekarang ada dalam 12 tan kat stor di rumah saya. Rasa pedih la, kita dah berhabis modal. Saya buat banyak, dalam 100 ekar. Memang terasa dengan dugaan ini.

Kadang-kadang sampai pukul 2 pagi jirus labu, sebab kemarau. Aduhai, bila jadi macam ni bukan nak untung sangat, asal lepas modal je,” ujarnya kepada mStar.

Jualan labu pemuda itu perlahan sejak sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Namun baru-baru ini, abang angkatnya dari Manjung, Perak datang berkunjung sebelum membuat satu rakaman video mengenai kisah Izzat dan labunya yang tak terjual sehingga ia menjadi tular.

Susulan itu, perniagannya kini kembali rancak dan stok-stok labu yang tersimpan juga mula mendapat perhatian pembeli.

“Sebenarnya abang angkat saya datang. Dia terkejut tengok labu banyak. Dia buat video, kemudian post dalam grup WhatsApp peniaga-peniaga.

Alhamdulillah, lepas viral adalah orang datang beli. Jadi kepada sesiapa yang teringin makan labu, jemputlah datang,” ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Izzat mengalami satu kemalangan di sawah padi empat tahun lalu sekali gus mengubah status dirinya sebagai OKU.

Malah katanya, kejadian itu masih segar dalam ingatan memandangkan kesakitan itu masih dirasakan sehingga kini.

Izzat hilang lima jari dalam kemalangan sawah padi empat tahun lalu.

Pada hari tu, saya tarik mesin kawan saya ‘lekat’ dalam sawah padi. Masa tu dah tarik dan selesai, saya naik duduk atas batas.

Saya pun dah parking mesin padi saya, tapi enjin tak matikan. Saya buang rumput-rumput yang melekat.

Tiba-tiba tergelincir jatuh, tangan masuk dalam enjin. Saya hilang lima jari.

Izzat bersyukur perniagaan kembali rancak selepas video mengenainya tular.

Sakit sampai sekarang. Luka tak ada, tapi kadang-kadang rasa bergetar sendiri.

Macam kena ketuk dengan tukul. Hari-hari ada rasa sakit melainkan masa tidur sahaja,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *