Hiburan

Malaysia Airports mohon maaf kepada Nourul Wahab, ambil tindakan tatatertib – Kami tidak akan biar begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangan

SUSULAN laporan kelakuan biadab petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC) terhadap penyanyi, Nourul Wahab, Malaysia Airports telah mengambil tindakan tatatertib ke atas petugas berkenaan.

Wakil pengendali lapangan terbang itu berkata, pihaknya tidak akan membiarkan sikap seperti itu dalam kalangan kakitangan mereka.

Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Nourul berkongsi pengalaman buruk tentang layanan pertugas di KLIA pada Sabtu lalu.

Malaysia Airports berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahkan kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan.

Syarikat itu turut memohon maaf kepada Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab dan keluarganya atas kejadian yang dikesali itu.

Pihak berkenaan juga mengingatkan penumpang untuk merujuk di laman webnya untuk pertanyaan yang sering diajukan (FAQ) berhubung kebiasaan baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada Sabtu, Nourul memuat naik video di laman sosialnya meluahkan kekesalan terhadap sikap seorang petugas AVSEC di KLIA, yang didakwa bercakap kasar dan bersikap kurang ajar dengannya ketika penyanyi itu bersama suaminya ke lapangan terbang berkenaan untuk menghantar ibu dan bapa mentuanya pulang ke Perancis.-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *