Semasa

Jabatan Kesihatan Sahkan Dua Murid Sek0lah Rendah P0sitif C0vid

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat dua murid sekolah rendah disahkan p0sitif C0vid-19 pada Isnin.

Rakan sekelas dan keluarga pes4kit juga telah diperintahkan untuk menjalani ku4rantin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua k0ntak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani ku4rantin selama 14 hari.

Pada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif C0vid-19.

Kedua-dua murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan r4watan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.

Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian C0vid-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan k0ntak kepada kedua-dua pes4kit.

Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tid4k menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gej4la dem4m. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan r4watan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar mematuhi penj4rakan sosi4l dan memakai peIitup muka serta rajin mencuci tangan dengan sabun.

Terdahulu Dr Christina memaklumkan Sabah merekodkan tiga kes baharu p0sitif C0vid-19 semalam iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang.

Katanya, kes terbaharu itu menjadikan jumlah sebanyak 392 kes C0vid-19 di negeri itu.

Katanya, kes ke-390 dan 391 dikategorikan sebagai jangkitan tempatan manakala kes ke-392 kes import.

Dr Christina menyatakan pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian sekali gus menjadikan kumulatif ujian bagi keseluruhan negeri adalah 144,820 setakat 27 Julai lalu.

Sumber : Borneo Today, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *