Keluarga

Dakwa Istri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat, Imam Muda Faris CeraiIstri Pertama Selepas Hampir 13 Thn Berkahwln

Terbaru, seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan (34) bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan perkahwinan kedua di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lepas.

Bahkan lelaki itu sanggup menceeraikan isteri pertamanya iaitu Nur Hidayu (33) selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka pada 28 Mei lalu.

Jelas Nur Hidayu, isteri baru suaminya bertindak kasar ke atasnya selepas Syed Faris membuat keputusan untuk menceraikan salah seorang daripada mereka. Lebih sayu, kejadian itu dikatakan berlaku sewaktu dia baru sahaja habis menjalani tempoh berpaantang selepas melahirkan cahaya mata kelima mereka.

Insiiden tersebut dikhabarkan terjadi di tempat kerja isteri pertama Syed Faris pada jam 12 tengah malam. Isteri kedua lelaki itu nyata tidak dapat menerima cadangan untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengaasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.”

Seperti tidak terkawal, isteri kedua Syed Faris telah meneendang, memiijak kaki selain memulas tangan Nur Hidayu namun suaminya langsung tidak mempertahankannya daripada seraangan tersebut.

Lebih mengejutkan kerana Nur Hidayu mengakui bahawa dia mengenali isteri kedua itu kerana mereka sama-sama pernah menyertai misi dakwah bertempat di Sibu, Sarawak pada November 2018.

Bahkan wanita ini sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena apabila wanita tersebut pulang dalam satu penerbangan bersama suaminya dan bukannya dia.

Jelasnya lagi, Syed Faris hanya mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita tersebut pada akhir Januari lepas dan pada ketika itu Nur Hidayu baru sahaja melahirkan anak kelima mereka.

Suaminya turut dikhabarkan berkelakuan pelik apabila selalu pulang lewat dan kadang-kadang tidak balik ke rumah langsung. Bukan itu sahaja, Syed Faris difahamkan tidak memberi wang nafkah dan kalau dihulur pun, pasti diberi mengikut sesuka hatinya.

Makin timbul rasa geram apabila Nur Hidayu menyatakan bahawa suaminya ada meluahkan hasrat untuk berkahwin lain namun diminta olehnya agar berfikir mengenai anak-anak mereka.

Pun begitu, Syed Faris tetap meneruskan hasrat yang sudah lama dipendam itu selain turut mendakwa isteri keduanya itu boleh melayannya dengan lebih hebat berbanding dirinya.

“Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.”

Selepas pendedahan mengejutkan ini, Syed Faris nampaknya lebih senang mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan.

Sumber : beavtifulnara

Finalis Imam Muda cer4ikan isteri selepas nik4h wanita lain

IMAM Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu menceraikan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Nur Hidayu ketika ditemui turut mendakwa dikasari isteri baru suaminya itu selepas suaminya bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nur Hidayu berkata, ketika itu dia baru habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya.

Nur Hidayu berkata, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya.

“Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya,” katanya.

Menurut Nur Hidayu, dia memang mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.

“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.

Nur Hidayu berkata, suaminya hanya memaklumkan dia sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Sebelum itu dia juga mengesan perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat termasuk tidak pulang ke rumah langsung.

Suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.

Nur Hidayu berkata, sebelum ini suaminya pernah bercerita hasratnya untuk berkahwin lagi tetapi dia meminta supaya berfikir mengenai anak-anak.

Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan hasratnya itu termasuk mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat daripada Nur Hidayu.

“Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Syed Faris tidak berjaya apabila dia mengelak untuk menjawab pertanyaan diberikan.

“Maaf, saya ada kerja yang perlu diselesaikan dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Malah, sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami keguguran.

Sumber: Hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *