Keluarga

Andai aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak. Krn aku berbeza di mata mak, ini layanan aku terima

Foto sekadar hiasan.Aku M, bukan nama sebenar. Anak ke 3 dari 7 beradik : kak long, abang ngah, aku, adik perempuan dan 3 adik lelaki.

Kami 3 beradik perempuan dan aku yang tengah. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look. Tapi aku berkulit gelap mirip mamak or arab.

Dari kecil perbezaan rupaku sering jadi ejekan dan kutukan family sendiri. Gelaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat telinga aku. Sedih.

Tapi orang luar pulak yang sering memuji aku. Cantik la, mata besar la, dah besar jadi ratu la. And my mom selalu menjawab, “jangan dipuji sangat budak ni nanti besar kepala.”

Aku menangani masalah self esteem ni sendirian, dari seawal usia 6-7 tahun. Aku membesar dengan semangat dan kekuatan diri yang aku bina sendiri seawal usia kanak kanak.

Aku bukan anak fav mak. Jadi walaupun mak suri rumah, aku harus melakukan hampir 90% kerja rumah kecuali memasak sejak dari sekolah rendah lagi.

Mak tak akan mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk. Jadual harianku amat padat. Pulang dari sekolah agama tengahari, aku mesti cepat cepat mengemas rumah, menyapu dan mencuci pinggan.

Kemudian, mandi dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula. Berjalan kaki di tengah panas terik sejauh 5km ke sekolah memang rutin harianku.

Pulang dari sekolah hampir maghrib, cepat cepat bersiap untuk solat pula.

Selepas makan malam aku mesti mengemas dapur dan mencuci pinggan. Melipat kain seisi rumah kecuali baju bajuku sendiri sebab mak memang tak akan membasuh bajuku.

Aku hanya akan membasuh baju sendiri di hujung minggu. Selesai melipat dan menyusun kain baju barulah aku dapat duduk membuat homework dan latihan yang cikgu berikan.

Apa yang orang lain buat ketika ini? Mereka bersantai menonton tv. Aku tak boleh mengeluh atau membantah, nanti mak marah. Jadi aku pendam dan buat.

Treatment mak pada aku dan siblings yang lain memang berbeza tanpa aku tau kenapa.

Contohnya : jika aku membuka radio setelah selesai melakukan semua kerja rumah, mak akan datang dan terus off kan radio tu. Sambil membentak “Memekak!”.

Tapi bila abangku datang dan menghidupkan semula radio tersebut, mak ok saja. Kalau terpancar sedih di mukaku pula, mak akan menengking “padan muka!”.

Jadi dari kecil lagi aku mengajar diri untuk kuat dan sembunyikan kesedihan.

Hampir setiap hari aku dimarah dan dihamun. Airmata jadi teman setia setiap malam sebelum lena. Mak tak suka aku aktif ko-ko di sekolah, tak suka aku ke depan dalam apa apa acara.

Dia pernah menjerit di telingaku,

“Setinggi mana pun pencapaian kau, aku tak kan pernah bangga!”. Aku melangkah ke sekolah dalam deraian airmata.

Dari form 1 hingga tamat SPM, aku hanya memiliki 2 pasang uniform sekolah yang diulang pakai selama 5 tahun. Sampai senteng lengan baju.

Aku pernah meminta mak belikan uniform sekolah baru ketika naik form 3 tapi mak menjawab “Berenti sekolah lagi bagus!”. Since then aku mengunci mulut. Yang penting aku boleh sekolah.

Aku memandang mak sebagai figura dingin yang sukar aku hampiri. Penghibur zaman aku membesar adalah rakan rakan rapatku. Aku menanam azam untuk berjaya dan pergi jauh. Jauh dan jauh.

Mak selalu membandingkan aku dengan kakak dan adik perempuanku. Betapa mereka baik, pandai dan amat membahagiakan mak.

Abang pula jadi kebangaan mak. Semua abang boleh lakukan sebab dia lelaki.

Aku? Sering disumbat dengan ayat, “Sedarlah diri kau tu perempuan!”. At 1 time aku amat benci dilahirkan jadi perempuan. Aku benci jadi lemah.

Semua kepahitan itu jadi pembakar untuk aku berjaya. Aku berazam, andai aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak.

Aku mahu sentiasa jadi manusia pertama yang akan mendorong dan menyokong anak anakku. Aku mahu mereka tahu aku sayang.

Sampai sekarang aku sering gagal meyelami hati mak. Luka itu memberi parut yang kekal.

Reaksi warganet

Yaya oh Yaya –
Ada jugak manusia bergelar ibu yang ada naluri benci pada anak sendiri ye? Entah kisah silam apa yang ibu itu pendam dan dilepaskan pada anak. Yang pelik, kalau tak suka, kenapa bela sampai dewasa. Tapi dari kecik smpai besar anak tu dilayan macam orang asing…

Hanum Sakinah Kornain –
Sedih baca kisah adik. Allah. Tapi sesungguhnya Allah itu maha adil. Ibu ayah juga akan dinilai oleh Allah di akhirat nanti di atas setiap perbuatan buruk baik mereka terhadap anak.

Kerana anak itu adalah amanah Allah, yang ade hak haknya untuk hidup di dunia ini. Yang mana perbuatan buruk ibu bapa terhadap anak anak, akan dihukum di akhirat nnti.

Adik terus maju ke hadapan, moga menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Wahi Mohamad –
Pernah dengar emak bapak derhaka pada anak. Ini satu contoh.

Walaupun begitu, kita sebagai anak tetap hormatkan mereka dan selalu doakan untuk mereka.

Lagi satu petua/tips, setiap kali buat kerja baca ayat 2-3x ‘Innalillahiwainna-ilaihirojiun’ – pulangkan balik kesusahan/kesedihan pada Allah. InsyaAllah akan ringankan bebanan kita. Tips dari Ustazah.

Ari Kael –
Semoga kau akan dilindungi dari segala perkara tak baik, dan Allah memberi ganjaran dan memudahkan perjalanan hidup kau atas kesabaran kau melayan ibu.

Aku tak tau berapa umur kau masa ni. Tapi jika kau masih student and nak ambil SPM soon, study hard, get yourself in good uni so u can get out from your family.

Dah grade nanti moga dapat kerja yang bagus, and jangan tinggal dengan family. Just keep in touch ia enough, jaga diri jangan jadi penzina, jangan mudah terpedaya dengan kata kata jantan taguna.

Kalau ada yang ayat dengan janji sampai ke pluto, jangan percaya ok. Tu semua nak main free je. Jangan jadi bodoh. Sayang diri sendiri b4 sayang orang lain. Moga kau akan jumpa bakal suami yang baik sangat and in laws yang sangatt baik.

Siti Nurul Fadzilah –
Tulah kan, kata kata seorang mak ni sampai ke tua kita ingat. Tapi mak mungkin dah lupa bila dia tua apa dia buat zaman muda. Sebabkan hubungan rahim, tetaplah kena buat baik jugak.

Tabahlah adik. Selagi hayat dikandung badan itulah kata kata pujukan untuk diri kakak sendiri. Tabah sabar bukan mudah, kerana kita berperang dengan diri sendiri serta hukum agama.

Nhar Nhmar –
Sy doakan adik berjaya dunia dan akhirat. Percaya laa, suatu masa mak adik akan sedar juga. Hanya masa yang akan tentukan. Sentiasa solat doa diberikan kekuatan mental dan fizikal. Ada hikmah disebalik ape yg terjadi.

Percayalah adik akan jadi orang hebat di masa masa akan datang. Tabah ye. Kuatkan semangat, Allah sayang adik. Macam kata ustaz Ebit Lew-

“Kita hidup untuk Allah sayang. Kita buat ape untuk Allah sayang. Sebab tu jangan terlalu sedih kalo orang kata kita. Jangann jadi lemah kalo orang fitnah kita. Jangan pedulikan, sebab kita tak hidup untuk diaorang. Kita hidup untuk Allah sayang. Dia Allah yang jaga kita dari dulu sampai sekarang”

Sumber : M (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *