Hiburan

Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni

PENYANYI Tomok menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya iaitu Rahayu Abbas selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada malam Khamis.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.

“Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah,” tulisnya.

Penyanyi itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

“Tahniah Tomok dan Ayu” ujar Shiha Zikir.

Tomok dan isterinya, Rahayu Abbas bersama anak mereka.

“Alhamdulillah,” tulis Scha Alyahya.

..

..

..

Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9, dan Andrashah Iman yang berusia enam tahun.

“Arrian dan Andra nak dapat adik!” – Tomok umum isteri hamil tiga minggu

AKHIR oktober tahun lalu, penyanyi Tomok mengumumkan berita gembira dan mengesahkan isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga mereka pada Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Tomok atau nama Shah Indrawan Ismail, 35, memuat naik foto alat ujian kehamilan dan mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut.”Bismillahirahmanirahim! Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga

“Ayah doakan ibu di permudahkan segalanya. Arrian dengan Andra nak dapat adik! Alhamdulillah.. terima kasih Allah!,” tulisnya.

Pada alat ujian kehamilan tersebut memaparkan usia kandungan sudah melebihi tiga minggu.

Tomok berkongsi perasaan gembira apabila isterinya kini hamil tiga minggu.

Terdahulu, Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

“Tahniah Tomok, mesti dapat baby girl pula kan? Alhamdulillah… semoga dipermudahkan dan selamat bersalin nanti.

“Ya Allah nikmatnya, tahniah… baru tengok semalam famili Tomok dengan kapsyen ‘keluarga kecil kami’, hari ini keluarga makin membesarlah,” komen pengikut.

Sumber : m Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *